Saturday, July 24, 2010

Jangan MemBodohkan Orang sedangkan Diri Sendiri kurang Cerdik

Assalamualaikum
Selamat berhujung minggu. Korang sihat ke? Mudah-mudahan sihat & gembira selalu. Kepada yang tengah berduka, jangan lupa ucap: Alhamdulillah, aku diberikan kesempatan untuk lebih berjaya.

Erm,hari ini Cik Jari nak meluahkan sesuatu. Semalam ada peristiwa yang menguji kesabaran. Someone said something yang tak best didengar...Huhu,my style is kalau saya buat salah, just tell me. ((in case saya tak sedar kesilapan saya))U can either marah  or sound directly. Saya terima dengan hati terbuka.But please jangan guna kata-kata kesat.Sedey oooo..erk, faktor sampingannya maybe semalam mood tak bape bagus, sebab tu tacing terlebey.

Dah maafkan orang tu tapi dah takde hati nak berkawan & bergurau mesra.((Then, bila wat check list, terasa seolah-olah diri ini menyimpan dendam la pulak...))Tak elok berdendam...Tapi....saya masih geram-tak puas hati....Duhai hati....cepatlah lembut...cepatlah lunak ((kena pujuk slow-slow nih))

Sebenarnya,dendam ini ada manifestasinya.Mengikut Imam Ghazali dalam Ihya Ulumuddin dalam bab Tercelanya Marah, Dendam & Dengki, manifestasi itu boleh dibahagikan kepada lapan iaitu:

1.Berhasad dengki
Kita akan bergembira apabila nikmat yang dimiliki oleh musuh kita hilang & luput daripadanya.

2.Terlalu dengki
Kita berasa bahagia apabila musuh kita mendapat musibah & malapetaka.

3.Memutuskan silaturahim
Kita tidak mahu menegur dan bercakap dengan musuh walaupun dia mendatangi kita.

4.Berpaling muka.
Kita tidak sudi melihat wajah musuh kita. Kita melakukannya bertujuan untuk menghinanya.

5.Mendedahkan keburukan.
Kita mengumpat,memfitnah,membuka rahsia serta berbohong berkenaan musuh kita.Dengan itu, dosa kita bertambah.

6.Mengejek.
Kita meniru perbuatan serta perangai musuh kita dengan tujuan menghina serta menjatuhkan air mukanya.

7.Bertindak agresif
Kita tidak mampu mengawal diri sehingga bertindak memukul dan menyakiti musuh.

8.Bertindak zalim
Kita mengambil hak musuh & tidak memberikan keadilan kepadanya. Pada masa itu, kita sebenarnya sudah melakukan dosa besar.


Tips yang boleh kita sama-sama praktikkan: apabila kita berdendam dengan seseorang, pujuklah diri dengan berkata, "Aku memaafkannya kerana Allah." Ulangilah kalimat 'kerana Allah' beberapa kali kerana itulah kekuatan yang akan memampukan kita memaafkan orang lain.

~Sekian,renung-renungkan & teruskan beramal.