Thursday, July 22, 2010

Gadis Melayu Gadis Bertuah

Assalamualaikum

Cik Jari masih belum punya banyak idea untuk menconteng. Sepanjang hari ini, banyak dihabiskan dengan menghadiri kelas. Masa selebihnya digunakan untuk bersenda gurau - berdiskusi dengan kawan-kawan. Entri hari ini berkaitan dengan hadiah buat Follower Bertuah. Hasil duit Nuffnang. Bukan untuk dibazirkan, sekadar meraikan rakan-rakan blogger.

Cik Zek blogger bertuah
Tahniah Zek.
Hehe, setelah menjelajah belog Cik Zek, didapati bahawa beliau mempunyai pasangan kembar. Cik Jari harap, gambar di atas adalah betul gambar Cik Zek...hehe, kalau salah, sila tunjukkan.

Cik Jari harap Zek sudi menerima hadiah yang bakal Cik Jari pos lajukan. InsyaAllah dalam minggu depan. Minggu ini agak teramat busy plus emosi yang kurang stabil. Namun, Cik Jari masih happy. Masih mampu tersenyum riang ria. Cuma mood untuk ber-blog mahupon ber-blog-walking masih lagi terbantut. 

Sekian saja entri malam ini. Thanks Zek sebab sudi jadi kawan Cik Jari. Cik Jari harap, Zek sudi menerima hadiah tersebut.Tanda kenangan dari sahabat Blogger.