Thursday, July 15, 2010

Entri Bukan Madah Berhelah

Assalamualaikum

Alhamdulillah,semalam Cik Jari telah dianugerahi "Inspiration Award" dari Aj.Siapakah Aj? Beliau ialah Follower Bertuah yang ke-333 di blog "Buku Conteng Cik Jari".((Sila klik banner di bawah untuk ke blog Aj)


Thanks Bro...Mudah-mudahan semakin murah rezeki & bolehlah belanja Cik Jari eskacang kat Tesco Extra Station 18 nanti ek :))




Sebagai tanda penghargaan, Cik Jari dikehendaki memberikan kata-kata semangat kepada si pemberi Award dan juga kawan- kawan sekalian. Erm, Cik Jari tak pandai nak berkata-kata yang indah.Tapi, kat sini Cik Jari titipkan pesanan buat diri sendiri dan korang semua ye :

"Sarang Tebuan jangan dijolok"...kata-kata nih sangat sesuai dijadikan pegangan tatkala melihat teman/kawan/kakak/abang sedang dalam keadaan marah. Seboleh mungkin, bersabarlah dengan orang yang sedang marah.((Hehe,Cik Jari cukup tak suka dimarah tanpa sebab & secara membabi buta))

"Andai kita masih gagal dalam percubaan kali kedua..ketiga..Bersabarlah...Mungkin kita memerlukan masa yang lebih panjang untuk beroleh kejayaan kerana rezeki setiap orang adalah berbeza-beza" ...ayat yang mampu menaikkan semangat tatkala diri terasa 'down' pabila melihat orang lain sudah berjaya.

Cik Jari sudahi entri ini dengan dua rangkap pantun yang Cik Jari copy paste dari Novel Salina Ibrahim -Bukan Yang Pertama.

anak itik berenang-renang,
anak kunci di haluan perahu, 
kita saja terkenang-kenang,
orang benci kita tak tahu.

akar nibung meresap-resap,
akar mati dalam perahu,
terbakar kampung nampak berasap,
TERBAKAR HATI siapa yang tahu.

footnote:Cik Jari mohon ampun & maaf andai terkasar bahasa, terlebih gurau, terlebih mengusik, terlebih menyindir sepanjang mengaktifkan diri dalam dunia blogging ini..Mohon maaf lahir dari hati...