Friday, July 23, 2010

Ceritera Rindu

Assalamualaikum

Rindu
Kata orang,rindu itu tanda ingatan kepada seseorang yang tiada di depan mata.

Kata kamus,rindu itu keinginan yang kuat mahu bertemu seseorang.

Kata pujangga,rindu hadir selepas suka dan cinta.
Kita tidak akan suka tanpa bersua muka,
tidak cinta tanpa rasa suka dan tidak rindu tanpa rasa cinta.

Kata aku?
Aku tidak minta rindu itu hadir kerana
dalam hati tiada rasa suka kepadanya.
Tiada cinta untuknya.
Dalam hatiku,hanya ada dendam yang membara.

Tetapi entah di mana silapnya,
hati ini jatuh rindu kepadanya
di celah-celah kebencian yang aku pupuk.

Puas aku menafikan, cuba mengusir pergi rasa yang satu ini.
Tetapi rasa ini terus menghantuiku.
Berperang dengan perasaan sendiri,
aku kelelahan.

Ceritera rindu ini, di manakah noktahnya??


Cik Jari: masih meneroka mencari noktah terakhir
~sedang membaca novel Ceritera Rindu~