Wednesday, July 28, 2010

Cerita Seram yang Scary

Assalamualaikum
Selamat Hari Rabu...Erm,cepat sungguh masa berlalu. Ditambah lagi dengan kepadatan jadual semester ini, terasa terlalu sangat cepat detik waktu yang berlalu.((Sampaikan dah tak sempat nak tido dalam kelas..hehe))

Korang pernah dengar cerita seram kat hostel tak??Dulu-dulu, Cik Jari agak la penakut. Takut gelap.Takut tido sorang-sorang dalam bilik gelap. Takut kena tinggal sorang-sorang kat rumah. Disebabkan ketakutan yang melampau, Cik Jari decide tak mahu tinggal di Sekolah Berasrama yang sememangnya penuh dengan cerita misteri.

Huhu.But now...takde choice. Harus tinggal di asrama memandangkan kejauhan yang amat daripada tempat tinggal famili tercinta.((Yeah...my hometown in Australia..haha))

Ok,Just nak bagitau nih. Malam tadi Cik Jari tido lewat.3.00 ++ a.m. Yeah,study untuk test sambil Ber-Blog-Walking. Baru je beberapa minit melelapkan mata, terjadi kejadian misteri. Then, terdengar seperti ada seseorang sedang menekan keypad laptop dengan kuatnya..Sungguh.Saya takut.Tapi,badan saya tak mampu bergerak..Mulut menjerit tapi tiada suara.Kejadian berlaku selama beberapa minit.Dan kekunci laptop semakin deras ditekan..Setelah hampir setengah jam, keadaan pulih seperti sediakala...Cepat-cepat amek Quran Tafsir & Baca Surah Al-Mulk....

Pengajaran : Jangan Lupa mengaji sebelom tido. Jangan blogging sampai pagi-pagi buta. Kalau tak, mungkin 'makhluk paranormal' kembali lagi....

Sekian, kalau Cik Jari senyap-senyap tuh,harap korang paham ye...Cik Jari nak tido awal...Takmo alami kisah seram lagi...Scary weh...Seb bek rabun jauh..tak dapat lihat dengan jelas makhluk tuh...