Monday, July 19, 2010

Cemerlang dengan Hati dan Akhlak yang Murni

Assalamualaikum
Selamat Hari Isnin.Yessss!!Malam tadi,Cik Jari telah berjaya tidur awal. Maka,pagi ini bangun dengan senyuman & kepuasan....((dah macam iklan Mamy Poko lak)) 

Memandang hari ini merupakan hari baru-hari permulaan bagi minggu ini, Cik Jari ingin mengajak saudara/saudari sekalian untuk berfikir sejenak & merenung kata-kata di bawah:

"Ramai orang gagal memperbaiki akhlak mereka kerana mereka tidak mengenali kelemahan diri sendiri. Mereka sering terpedaya dengan diri sendiri dan merasakan akhlak mereka sudah cukup baik."

Sebelum ini, Cik Jari pernah bercerita tentang baik yang di-copy paste dari sebuah buku. Hari ini, dengan rasa rendah diri dan kesedaran yang amat tinggi dan atas dasar kecintaan terhadap agama ISLAM yang tersemat dihati, Cik Jari ingin mengupas isu berkaitan Gangguan Seksual Terhadap Lelaki. Cik Jari terbaca isu ini dari belog Abad. 

Erm, malu! Itu kot yang Cik Jari rasa. Sungguh, mata lelaki sangat bahaya! Cik Jari pernah menangis disebabkan MAta LeLaki. Walhal masa tuh Cik Jari merasakan sudah cukup kain untuk menutup apa-apa yang wajar ditutup. Sudah cukup labuh. Sudah cukup terjaga.

Apatah lagi, mereka yang berpakaian ketat-sendat-melekap ditubuh. Pasti ramai mata-mata yang memandang.Antara sengaja dengan tidak. Pandangan bernafsu boleh mengundang fitnah. Berhati-hatilah kita wahai wanita yang dikasihi sekalian.

Wahai lelaki-lelaki budiman, nasihatilah wanita dengan sebaik-baik perkataan. Mulakan dengan menegur - menasihati orang yang terdekat dengan anda. Anggaplah usaha anda sebagai salah satu jihad. Salah satu dakwah mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran.

Sungguh!Amat payah sebenarnya untuk mengubah seseorang. Maka, mulakan dengan diri sendiri. Tunjukkan contoh yang baik. Perbaiki diri hari demi hari. Memang susah!Memang Sukar! Tapi tak mustahil. InsyaAllah. InsyaAllah.InsyaAllah....


Di sini, Cik Jari kongsikan beberapa kaedah yang boleh digunakan bagi mengubah akhlak individu. ((Sumber asal: Ihya Ulumuddin,Imam Ghazali))

1.BERGURU DENGAN GURU YANG MAMPU MENDIDIK KITA.

2.BERKAWAN DENGAN SESEORANG YANG BAIK SERTA MANTAP AGAMANYA.

3.MEMANFAATKAN KOMEN-KOMEN NEGATIF DARIPADA MUSUH.

4.MENGAMBIL IKTIBAR DARIPADA KELEMAHAN ORANG LAIN.

~ada masa,nanti Cik Jari hurai lagi...Now,nak bersiap pergi ke kelas~~