Sunday, July 4, 2010

Bahulu Kukus Buat Mak Mertua???

Assalamualaikum

Selamat Hari Ahad : Hari untuk beramah-mesra dengan ahli keluarga dan juga hari makan-makan sedunia. Menu tengahari ini ialah Cendawan Goreng & Sup Cendawan & Telur Dadar & Sambal. Haha, apsal banyak sangat menu cendawan nih??? Sebenarnya, jiran belakang rumah kami mengusahakan Pusat Pembiakan Cendawan ((haha,sesuai ke nama nih??)), maka selalu jugaklah kami dapat bekalan cendawan secara percuma. Kami tak mintak, tapi mereka yang murah hati. ((Tangan yang memberi,lebih baik daripada yang menadah tangan)). Mudah-mudahan semakin murah rezeki mereka sekeluarga. Amiinnn...

Tadi,tatkala bizi memegang sudip di dapur. My Mum datang bertandang ((menjenguk)), tetiba mak bukak topik sal 'Budak Jawa', 'Budak Ipoh', 'Budak Kelantan' & steady Boifren. Wah, terkesima sekejap... Mak kata, daku dah berumur...Cepat-cepat daku menyangkal. "Mak, orang baru nak masuk 22. Muda lagi nih."... Mak cepat-cepat membalas: "Memangla muda.Tapi, kan bagus kalau kawin awal.Dapat zuriat awal."...((Aduhai, sakit kepala menyerang tiba-tiba...Terus mengadu kat rumate yang sedang online)) 

Then,disebabkan mak suka makan Bahulu Kukus, maka daku decide untuk membuat bahulu kukus pada petang tadi.(( Sambil bermonolog dalam hati: Kalau bahulu kukus nih menjadik & mak suka, then I'll take seriously about mencari pasangan & cinta & kawen )).....Hasilnya:

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:


Hoorey...Menjadik...Mak Suka.....
Gambar pinjam Google.

Haha..Itu je nak cerita.Padahal senang kacang je wat Bahulu Kukus nih. ((Tapi,sebelom nih tak menjadik)). Maka, Haruskah Cik Jari Telunjuk Kanan mula mencari Encik Jari Telunjuk Kiri?? Haish, Ingat soal jodoh nih macam beli ayam kat pasar ke?? Men tunjuk-tunjuk je, dah leh dapat seekor ayam...Huhu,Tidak semudah itu....Sekian..
Secebis Renungan buat Hawa:

Bagi golongan wanita pula Rasulullah telah mengenakan dua syarat pilihan iaitu hanya menerima lelaki yang beragama dan berakhlak sebagai suami. Ini menunjukkan Islam amat menjaga kebajikan wanita.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi dan kerosakkan yang besar.”