Saturday, June 5, 2010

Secebis Renungan Di Hari Keputeraan Agong

Assalamualaikum
Yahoo! Hari ini cuti.((over lak Cik Jari nih,padahal memang cuti hari-hari.hari-hari cuti)) hehe,saje nak menghepikan diri yang tak berapa hepi tapi agak hepi dalam kalangan yang tak hepi. 

Hari ini, bangun pagi-pagi. Tunaikan apa yang patut. Then, on TV. Dengar & Tonton Motivasi Pagi.Topik hari ini ialah STRESS MOMENTUM KEJAYAAN by Cik Laila. Memandangkan Cik Jari tengah stress, memang sesuai mendengar motivasi di pagi hari untuk meng-up-kan motivasi diri yang hampir down menyentuh bumi. Beliau kata, stress itu normal. Sebagai umat Islam, keimanan kita sering diuji. Maka, stress itu adalah sama dengan ujian & cabaran tapi tidak sama dengan high depression. Ngerti?

Beliau mengungkapkan lagi, jika kita gagal dalam menjaga hubungan kita dengan Allah, insyaAllah kita akan gagal dalam urusan yang lain-lain. Namun, mungkin kita pernah mengenali seseorang yang sering melakukan kemungkaran tapi hidupnya sering dilimpahi dengan kegembiraan,kekayaan & kemewahan. Persoalannya, adakah Allah sayang dia lebih???? Jawapannya TIDAK. Itulah istidraj dari Allah. 

Istidraj?? Apakah?? Mungkin Ustazah pernah ajar, tapi saya terlupa. Maka, hari ini saya mahu berkongsi dengan kawan- kawan hasil usaha saya meng-GOOGLE mengenai perkataan ISTIDRAJ.

Apakah dia istidraj itu?
Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah s.a.w. bersabda :" Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT ".
(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi).

Al-Istidraj :-
Iaitu perkara luar biasa yang berlaku ke atas orang Fasik atau Kafir sebagai tipu daya buat mereka. Ia akan menambahkan lagi kejahilan dan kebodohan mereka sehinggalah balasan Allah s.w.t menimpa mereka di dalam keadaan mereka lupa.

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.



Manusia istidraj
Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong".

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat (sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati,namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang telinganya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul,maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang/mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?Fikir-fikirkan & Selamat Beramal.

Rujukan:
Nasihat sumayyah & muzakarah