Thursday, June 3, 2010

Saya Tak Comel & Saya tak macho...Tapi saya suka Senyum

Assalamualaikum

Hari ini pada hari khamis, Cik Jari di tag oleh adam. Maka, sebelum Cik Jari pergi membasuh kain, Cik Jari meluangkan masa untuk menjawabnya. Macam dah pernah jawab tapi malas lak nak selongkar entry lama. Maka, Cik jari decide untuk menjawab tag dari beliau.

1). Apa yang anda akan buat bila anda tahu member anda tikam belakang anda?
Buat tak tahu & senyap je. Tapi, dalam hati nekad takmo kawan ngan dia dah.


2). 6 orang di hati anda?
Kenapa 6 je? Ramai oooo di hati ini. Mak, bapak, Akiey, Affy, Zikry, Along.

3). Anda rasa anda comel?
haha. Cik Cute la yang comel. Saya baik je plus muka skema.((tapi hati bentuk love))

4). Single or taken?
Single. Tapi, semalam ada orang nak kawan ngan saya. Dia kata, hati dia berdebar-debar tengok saya. haha.. ((saya ade magnet ke??))

5). Blog yang anda suka?
Blog yang ade gambar-gambar. ((Dari tadika sampai ke U memang suka tengok gambar termasuklah kamus bergambar))

6). Adakah bilik anda kemas setiap hari?
Haha..Katil mesti kemas. Tapi,kalau minggu exam,minggu busy, tunggang langgang gak la. Tapi, kat umah akak nih, kena kemas selalu sebab akak amalkan prinsip 5S (Seiri, Seiton,Seiso,Seiketsu,Shitsuke).

7) Lagu terakhir yang anda dengar?
Hidup Hanya Sementara- Ungu

8). Last text message?
You have reloaded RM10. Your new airtime balance for 019449**** on 02/06/2010 is RM15.26 and valid until 28/10/2014

9). Last phone call?
Cik Na ((My SisTa))

10). Hari terakhir anda menangis?
Malam tadi. Masa tengah baca doa.(( Sedu Sedan sayu pilu))



11). List lima color favorite anda?
Biru, hitam, putih,hijau,purple. ((Kaler belog nih))
Suka pakai tudung kaler putih tapi sekarang suka pakai tudung kaler coklat.Suka beg kaler hitam. Kasut kaler hitam. Suka sangat pakai baju kurung kaler hitam tapi Cik Jari ade sepasang je kurung hitam. Arituh, kurung hitam tuh ghaib, bile tanya kak long, dia memberikan jawapan yang mengecewakan.
Siyesly sedey. Saya suka baju tuh tapi mak kata, saya tak sesuai berkurung hitam.Berbalik kepada cerita kurung hitam tuh, saya dah pon temui baju kurung tuh. Kak Long cilok baju tuh untuk dijadikan contoh.((Dia tempahkan baju kurung baru..kaler ungu....hehe,mekasih kak long for da surprise))

12). Orang terakhir anda ber-YM?
Akiey & Cik A. ((My Bro & My sis yang duk serumah)). Akiey chatting guna laptop baru..Hari terakhir kuar ngan Akiey ialah masa hari pertunangan beliau. Kitorang keluar ngan anak-anak buah sekali. 

13). Game paling anda suka?
Suka bola sepak. Salu main ngan anak-anak buah. Kalau indoor game lak, Cik Jari suka men SAHIBBA. 

14). Adakah anda peminat MCR?
My Chemical Romance ke? Taklah suka sangat, just listening.

15). Apa perasaan anda jawab tag ni?
Seronok. Seolah-olah sedang ditemubual. 

16). Anda rasa tag ini best?
best woo!!

Tag lagi 3 orang
Encik KAN
-Beliau adalah kawan kepada kawan Cik jari. Camne ek bleh kenal? Sama Uni tapi lain-lain cawangan. Beliau nih suka menangkap gambar & suka gak mengEdit gambar. Cik Jari suka gambar pemandangan kampung yang beliau captured. Cunnnnnnn.....Kawan-kawan blogger sekalian, meh singgah ke belog beliau.
((Nak tag sorang je la))



Untuk Encik Steward a.k.a Jericho, Thanks sebab tag Cik Kiah. Cik Kiah dah selesai menjawab. Sila KLIK ye.