Friday, June 4, 2010

Saya Nak Kawin dengan Cikgu.Anda ada Calon untuk Saya?

Assalamualaikum
Hari ini, Asada si Jejaka Tacing tagged saya. Tapi, saya dah penah jawab soklan interview tuh. Kalau korang nak baca, sila KLIK ye.((Tajuk takde kaitan dengan entry))

Then,nak mintak maaf kepada kawan-kawan yang lain sebab tak dapat nak beri hadiah kat setiap orang. To my 333th follower, hadiah akan menyusul minggu hadapan. Nantikan kemunculannya. Pelizz jangan expect hadiah yang grand Livina ye, mungkin sekadar hadiah yang sebijak Kancil.Apa-apa pun yang kamu terima, harap sudi menerimanya dengan seikhlas hati..

By the way, Bulan Jun merupakan bulan Ulangtahun Kelahiran My Mom & My Daddy.

Mom: 6th June 1950
Dad: 26th June 1939

Jarak usia yang jauh tidak menjadi penghalang sebuah kisah cinta yang antara cikgu & anak murid. Mudah- mudahan cinta yang terpateri akan terus berpanjangan ke akhir hayat. 

Mak melahirkan Cik Jari Si Bongsu dikala usia beliau menjengah 38 tahun. Mak kata, sangat susah untuk melahirkan Cik Jari. Hampir 10 hari terlantar di hospital sebelum Cik Jari dilahirkan pada detik 8.32 pagi pada tanggal 28 Oktober bersamaan 16 Rabiulawal pada hari Jumaat hampir 22 tahun yang lalu. Sebagai satu-satunya anak yang dilahirkan di hospital, maka sebab itu Cik Jari sangat senang menelan ubat. ((haha, ade kaitan kah??))

My Dad suka menulis. ((See, kat poket jubah beliau ada pen & kertas selaku sahabat karib beliau)) Bakat menulis tersebut menurun ke Cik Jari.((Cik Jari suka menconteng)). Beliau seorang ayah yang supportive & sangat suka berkawan-kawan. 


SELAMAT ULANGTAHUN SAYANG


Selamat Hari Lahir duhai Ayahbonda yang dicintai lagi dihormati. 
Dikaulah penguat semangat dikala jatuh tersungkur. Dikaulah pengukir senyum tatkala hati diragut pilu. Semoga kasih antara kita akan terus bersemarak ke akhir hayat. Moga ikatan kasih ini sentiasa diredhai Allah. Semoga Umur kita panjang  & dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus beramal dan mengumpul bekalan menuju  Hari Perhitungan. 



Jari Kaki: Minggu depan saya exam. Doakan kejayaan saya ye.