Thursday, June 17, 2010

Kenapa Selalu Menyalahkan Lelaki???

Assalamualaikum
Selamat Hari Khamis. Cik Jari sudah berjaya menidurkan si adik yang merengek-rengek sambil menggaru-garu badannya yang kegatalan digigit semut barangkali. Setelah disapu dengan bedak dan ditenyeh dengan Vicks, akhirnya kegatalan pon hilang dan si adik tidur dengan anteng (nyenyak).

ermm,Topik hari ini seolah-olah membela kaum Adam. Wah-wah, Cik Jari pencinta lelaki! Huhu, ya-iya dong! Lelaki itu juga manusia. Ya,lelaki harus dicintai...hahaha..mesti berbulu je Cik Cute kalau baca statement Cik Jari nih.

Actually, Cik Jari nak membetulkan pemikiran Sang Hawa terhadap Sang Adam yang kadang-kadang bukanlah fakta tetapi auta.((Ini merupakan pendapat peribadi ditokok tambah fakta dari dalam buku))

1.LELAKI HANYA SUKA/SAYANG/CINTA PEREMPUAN YANG CANTIK
Haiyooo....Kesianlah dengan orang yang tak cantik macam Cik Jari nih..((Muka ganas tapi tetap manis kan??? haha)) Hakikatnya, kecantikan bukanlah syarat untuk lelaki jatuh hati terhadap seorang wanita.((ala,macam kita-kita gak, bukanlah semata-mata memandang pada kehenseman muka lelaki)). Buktinya, banyak pasangan yang tidak match kita boleh lihat dimana-mana.((Contohnya korang pikirla sendiri  & dok senyap2 je..jangan heboh2..jangan mengumpat)). Yang penting adalah sifat-sifat wanita sejati yang anda miliki.
IMPORTANT: Lelaki yang terlalu mementingkan rupa sebenarnya tidak jujur. Hindari lelaki seperti ini. Sebuah cerek elektrik Pensonic yang mampu memanaskan air adalah sama nilainya dengan sebuah cerek elektrik Panasonic keluaran terbaru.Yang penting adalah elemen pemanasnya..Manusia juga begitu,bukan???((kalau tak paham ayat nih,sila hubungi Cik Jari di ruangan komen))



2.LELAKI TAK TAHU MALU
Huish, bahaya nih!! Sungguh ke lelaki nih tak reti malu???Tapi,setahu Cik Jari,Rio tuh pemalu weh. Ruti tuh pun pemalu gak tuh. haha.....Yang membezakan Rio & Ruti ialah, Rio dah pass ujian ngan Tok Kadi. Ruti lak, sekadar pass ujian memandu & menunggang ...Sebenarnya, lelaki pun ada sifat malu dan kurang yakin. Bukan semua lelaki berani untuk pertama kali cakap dengan perempuan ((yang diminati)). Jika semua lelaki digambarkan sebagai buaya besar, tidak semua lelaki begitu. ((Perempuan pon sama gak...bukan semuanya pisau cukur kan???))..Kebanyakan lelaki adalah pendiam dan gabra apabila berdepan dengan perempuan yang diminatinya. ((So, lelaki,bolehkah kami si wanita mengurat anda???))
IMPORTANT: Ramai wanita kurang didekati kerana kurang menampakkan minat untuk didekati tetapi kecewa apabila melihat lelaki berkenaan telah menjalin hubungan dengan wanita lain.

Ok,sekian sahaja perbincangan untuk hari ini. Jika anda tak puas hati/terlalu puas hati/terasa nak kutuk Cik Jari...Sila rajin-rajinkan mengomen..