Wednesday, June 23, 2010

Jika Saya Dikurniakan Ramai adik

Assalamualaikum
Salam Hari Rabu. Alhamdulillah, hari ini agak bagus. Walaupon kebelakangan ini saya dirundung kebosanan, saya masih bersemangat untuk update belog walaupon cuma sebaris ayat danberkeping- keping gambar. Ingin ditegaskan di sini bahawa gambar terakhir ((pada entry sebelum ini)) bukanlah gambar pakwe saya mahupun tunang atau suami saya. 

Meh tengok header baru saya:


Senyum Sokmo = Senyum Selalu = Smile Always. Diharap, anda mampu tersenyum sewaktu singgah di belog ini. Gambar budak kecik di atas adalah gambar adik saya. Muka dia lembut tapi ganas.((Muka saya ganas tapi hati lembut))...haha...Ok,saya tipu. Saya takde adik. Beliau adalah anak buah ((anak kepada kakak saya)) yang sudah hampir 3tahun berhijrah ke Kota Kinabalu, Sabah.((Ngah kumpul duit nuffnang, leh wat tambang gi sana)).

Maka,hari ini saya mahu bercerita tentang budak-budak merangkap anak-anak buah saya yang kugelar ADIK. Kenapa adik?? Sebab saya lebih tua dewasa daripada mereka.Setakat nih, saya mempunyai 22 orang adik & insyaAllah pada hujung tahun ini, seorang lagi adik bakal dilahirkan oleh kakak ipar saya.

Gambar Sebelum
(2008)

Gambar Selepas
(2010)

Yang terbaru:

Bakal-Bakal Pengapit Saya

Apakah kebaikan/kelebihan mempunyai ramai adik:

Tukang Kebun Tambahan

Pemberi bunga Telur yang berjaya

Whatever it is, saya tetap sayang adik- adik saya.


((Akak-akak saya kawen muda & diorang sangat-sangat menggalakkan kawen muda.Saya senyum je.))
Memang sangat meriah bila semuanya berkumpul. Macam-macam ragam,macam-macam aktiviti ((saya pon tumpang 2kaki))....hehehe...Tak salah kan join budak-budak.Woah, nampak macam kanak-kanak ribena ke??Macam tak matang ek??Korang tuh dah matang ke??haha......Sekian dulu...