Monday, June 21, 2010

'BAIK' versus BAIK

Assalamualaikum
Selamat Hari Isnin. Selamat Berpuasa kepada yang sedang berpuasa ((nanti kita buka sama-sama ye)). Yeah, saya masih ketandusan idea untuk mengarang-merapu-mengarut-membebel. Bukan sebab frust bercinta mahupun merajuk dengan si dia. ((Haish, korang pon taw kan, Cik Jari nih single)). 

Kelmarin, Cik Jari sempat meng-khatam-kan sebuah novel yang bertajuk VERSUS yang dibeli secara online melalui KEDAIMAYAANDA yang dimiliki oleh Cik Dayah. Thanks juga kepada Cik Dayah kerana memberi penanda buku comel secara percuma..((Lau korang nak penanda buku free, sila la membeli-belah di kedai Cik Dayah)) Weeee.....haaaaa....Sekalung tahniah juga diucapkan  kepada Cik Dayah yang bakal menyambung pengajiannya di peringkat SARJANA STATISTIK ((if i not mistaken)).SELAMAT MAJU JAYA..((I luv u fren))

Kenapa buku nih best??
Sebab buku nih sarat dengan mesej-bukan novel cintan yang klise-tidak leweh-sangat membina semangat untuk berubah-sangat bagus dibaca buat remaja yang pernah leka-sangat menarik untuk dibaca hingga habis-seakan-akan buku motivasi-tidak memerlukan air mata untuk dibazirkan-nilai kekeluargaan yang tinggi.

Ayat-ayat best dalam buku nih:
Petikan dialog tentang makna Baik :
Bagi aku, sesiapa yang beriman dengan Allah tu 'baik'.
Beriman dengan Allah tu macamana?
Apabila buat semua yang Allah suruh, dan tinggalkan semua yang Dia larang.
Kalau seorang perempuan tu pakai tudung tapi tak solat, belum cukup baik lagi.
Sama juga kalau untuk contoh lelaki. Kalau baca Quran tiap-tiap hari tapi main bola nampak kepala lutut, tak cukup baik lagi.Atau kalau cukup solat lima waktu sehari semalam tapi pegang tangan anak dara orang yang bukan mahram sesuka hati,tu belum cukup baik lagi.
Sebab Allah dah kata, ya ayyuhallazina aamanudkhulu fissilmi kaaffah. (al-baqarah:208).Maksudnya kalau nak ditafsirkan secara kasar,Allah kata 'masuklah kamu kedalam Islam sepenuhnya dan jangan ikut syaitan kerana dia musuh yang nyata.".....


Sambung lagi dialog berkenaan baik ((antara 2 sahabat perempuan)):
Pakai tudung tapi pakai short sleeves nampak lengan, pun kira tak cukup baik lagi. Pakai tudung tapi pakai baju ketat jarang berbayang, pun tak kira cukup baik lagi. Kena fikir balik. Dengan sekadar cukup pakai tudung, pakai baju lengan panjang, tu dah dikira baik?? Macam mana kalau baju tu form-fitting dan selendang pulak jarang sampai  nampak batang leher, nampak anak rambut. Tak jadi la tu. Maknanya selagi tak embrace Islam tu sepenuhnya, tak cukup baik lagi la tu.
:
:
Biasanya kita kat Malaysia akan label baik itu apabila...say...a girl pakai tudung lepas ke bawah, then pakai long sleeves, dan pakai stoking siap. That's 'baik' for Malaysian standard. Kira cukup baik la tuh. Alim kata orang kita.
Tapi kena tengok balik. Pergaulannya dengan different gender macam mana??Terjaga atau tak?Kalau bab aurat dah settle tapi pergi karaoke lounge, pergi cinema, pergi konsert,adakah masih boleh bawak lesen 'baik' tu jugak lagi??..

Tersentap when baca  paragraph di atas.((ade antara bende-bende tuh pernah je daku buat))

Nih definisi buku. Ape lak definisi korang tentang BAIK??Anda rasa, anda dah cukup baik??Baguslah kalau betul-betul baik tapi jangan riak & takbur. ((Mari perbanyakkan istighfar dan bertaubat))

Sekian,buat renungan di hari Isnin di Bulan Rejab.