Wednesday, June 9, 2010

Award & Hadiah : Serupa tapi tak sama

Assalamualaikum

Yeah...hari ini dapat Award dari adik Caer...But, Cik Jari harus berpantun. Dan hasilnya seperti di bawah. Saje nak expose gambar jambatan Pulau Pinang. Jambatan ini merupakan jambatan yang terpanjang di Asia Tenggara dan ketiga terpanjang di dunia. Ia adalah sepanjang 13.5 kilometer di mana 8.4 kilometer daripadanya merentasi laut. Ia menghubungkan Lebuhraya Jelutong di Bayan Lepas, Pulau Pinang dengan tanah besar semenanjung di Seberang Perai.




Jambatan ini jugalah yang harus dilalui sebelum sampai ke Uni Sayang Menyayang. Tapi, selalunya Cik Jari akan naik feri, maka, dapatlah lihat pemandangan jambatan Pulau Pinang yang berbalam-balam dari dalam feri. Best ke naik feri?? Best gak la...Leh tengok gelagat orang ramai, leh tengok minah & mat salleh yang jakun  & bleh tengok pemandangan laut yang cunn gak la...Plus, leh dating dalam feri...hahahaha...Romantik weh... 

Ok lah,Syarat dah dipenuhi, Maka bolehlah amek award di bawah. Award Special design by Caer. Cun kan?? Ade pelangi ((teringat kat eskrem pelangi paddle pop))...ada love kecik-kecik ((jiwang yang tersembunyi..hehe))....Mekasih Caer.


By da way, follower bertuah 333 dah pon menerima hadiah misteri daripada Cik Jari. Hehe, lau korang nak tengok hadiah tuh, boleh lah berkunjung ke belog Aj. Ok,setakat ini dulu bebelan dari Miss Roger Finger.