Monday, June 7, 2010

7 Perkara Yang anda Patut tahu tentang Perempuan

Assalamualaikum
Selamat Hari Isnin. Semoga Ceria & tabah menghadapi hidup yang hari- hari hidup. Jangan biarkan hidup anda mati kerana setiap hari yang hidup perlu dihidupkan dengan menjalankan amanah yang wajib kita tunaikan.
Dan,salah satu tugas yang diamanahkan kepada saya ialah menjawab tag daripada mamaharith. Anyway, thanks mummy kerana sudi selitkan nama Cik Jari. Tugasannya ialah :

State 7 things bout yourself  / Nyatakan 7 perkara tentang diri anda

Guess Who???

Pertama, saya seorang yang tak suka bergaduh tapi suka carik pasal dengan niat untuk bergurau.

Kedua, saya tidak suka dengan orang yang menjerit- jerit semasa mengajar atau menegur.

Ketiga, saya sukakan kekemasan tapi kadang- kadang cukup malas untuk mengemas.((perubahan hormon barangkali))

Keempat, saya pemegang lesen motor & kereta tapi saya hanya berani untuk menunggang bersendirian sebaliknya takut untuk memandu kereta walaupun hanya kereta yang sebijak Kancil.

Kelima, saya seorang yang degil tapi sangat mudah bertolak-ansur kerana saya suka dibimbing.

Keenam, saya gemar berkawan dan mudah mendapat kawan tapi saya gemar bersendirian tatkala hati dirundung masalah hati. ((....my rumate know me better...))

Ketujuh, tak suka menyusahkan orang lain tapi selalu sangat menyusahkan orang.ish..ish..maaf ye..((calon-calonnya ialah ah ben, yang salu kuhujani dengan 1001 soalan kedai gambar ))

Okay, sekian sahaja coretan saya pada hari ini. ((Tadi naik feri...saya suka naik feri..sebab saya rindu dia....siapakah dia???))