Friday, May 21, 2010

Zulhuzaimi Kerja Kilang Elektronik???

Assalamualaikum

Yeay...Cik Jari Dapat Award. Mekasih Yan sayang.

Ini adalah gambar best fren Yan. Yang mana satukah si Izyan???
Hehe,cuba teka..

Tapi, sebelum rembat award nih, Cik Jari HARUS menjawab soalan- soalan di bawah:

1.apa yang bermain di fikiran sekarang.
-Kenapakah modem saya asyik meragam je....sape leh tolongkan betulkan modem nih??Alangkah bagusnya jika ada orang yang boleh menolongku secara percuma...

2.apakah nama samaran korang
-Cik Jari...Cik Kiah...

3.berikan 3 orang yang anda sayang
-Mak, Bapak, Akiey

4.panggilan untuk si dia
-Awak.

5.hadiah yang korang impikan dari seseorang yang istimewa
-Sebentuk Cincin Putih.

6.blog mana yang korang suka visit
-Blog kawan- kawan yang dikenali @ rapat. Leh taw perkembangan diri diorang.

By the way, minggu nih Cik Jari secara sah sudah bergelar minah kilang. Memandangkan muka cik Jari yang skema, ramai yang boleh detect bahawa sesungguhnya Cik Jari adalah student. Pada mulanya, Cik Jari deny. But at last,saya terpaksa mengaku dengan kawan- kawan bahawa saya masih bergelar pelajar.

Hari ini merupakan hari pertama menjejakkan kaki ke bahagian Production. Wawawawa, Cik Jari ne marah ngan orang belakang ((yang sedang beratur di belakang Cik Jari)) coz lambat sangat scan badge ((macam punch card)) , nasib baiklah ada Pakcik Security yang tolong scan kan. Secara theory, En Trainer dah pun ajar cara nak scan, tapi secara praktikalnya, Cik Jari fail at the first time. ish, ape daaa....bende senang pon leh salah...but, i've learn from my mistake...

Then, bila nak masuk ke production, kami harus check kasut plak. We have to wear ESD (Electro Static Discharge) Shoe. Memandangkan Cik Jari tak dapat kasut lagi, i've to wear heel strap...Then, kene melalui mesin scan kasut. Uhh, memang banyak songeh sungguh kilang ini...

Hari ini juga, kami belajar about the Kanban,5S, FIFO, JIT, Kaizen..bla..bla...((sebijik macam kuliah kat Uni)). Then, ne jawab test. Markah lulus adalah 80% dan ke atas. Dahsyat kan?? Cik Jari apply untuk jadi Operator QA je..tapi, exam mengalahkan nak masuk kerja kerajaan. But, so far i had no problem. Even terbuat silap, salah, i just anggap ia nya sebagai pengalaman berharga.

Cik Jari agak nakal ye kawan- kawan. Even nampak je senyap tapi.....wawawawa...Semalam, Cik jari & kawan- kawan berkenalan dengan pekerja Nepal..Hensem weyh...kiut- miut...Then, Cik Jari suruh kawan Cik Jari tanya nama si pekerja Nepal yang berbaju hijau..U know what, his name is Halis....Then, kawan Cik Jari mula lah menggosipkan Halis & Hafizah...haha((Cik jari gelak sakan weyh))


Then, dalam group kami nih, ada seorang budak lelaki yang berwajah iras- iras Zulhuzaimi. haha, masa mula- mula kenal, mamat nih nampak macam pendiam je...Now, segala tanduknya dah kuar...Ada je topik yang dimengarut olehnya. Haha, renungan dia memang tak bleh blah... even dia banyak mulut, tapi dia jenis ringan tulang...Biasa la, laki nakal memang la normal kan???

Amacam ngan korang? Ada pengalaman jadi minah or mat kilang?? Dis is my first time, camne lak ngan korang?? Ada pengalaman best? Suka? Duka? ne maki? ne marah???

~Sekian, wassalam~