Saturday, May 8, 2010

Saya Takde Ibu tapi Saya ada Mak

Assalamualaikum
Tadi, adik saya yang sorang nih ber YM dengan saya. Mengucapkan selamat balik kampung & berhati-hati dalam perjalanan. (( mekasih adikku))

Sila klik untuk mengurangkan kerabunan

U all nak tau,adik saya nak buat kek kukus sempena Hari Ibu... Wah,wah,wah...Ahad ni Hari Ibu. Sudah menjadi tradisi kami adik - beradik untuk menyambut Hari Ibu ((hari bapa selalu dilupakan..hehe,maaf ya Dedi))

Ibu saya sangat macho. Beliau sangat cool melayan karenah 10 orang anak. Beliau sangat tabah menghadapi saat-saat melahirkan anak-anak yang comel dan sihat tanpa bantuan nurse dan doktor. (( si bongsu je yang lahir kat hospital)) Mak kata, KESABARAN ITU ASAS KEJAYAAN tapi saya kata, KESABARAN ASaS KEMACHOAN.
Surat Untuk Mak:

Mak, 
Kadang- kadang Fiza degil sangat. Fiza tak dengar pon nasihat mak. Mak kata "Jangan lari-lari". Tapi, Fiza lari makin laju dan akhirnya Fiza jatuh dari bangunan tinggi tuh. Sakit...Tapi, Fiza gelak-gelak je. Mak dah risau. Mak panggil atok suruhh urut Fiza... Fiza tau, mak mesti risaukan Fiza.

Mak,
Dua hari lagi Hari Jadi Fiza. Fiza sedih sebab tak dapat balik. Mak called. Bapak called. Akak-akak called. Abang pon called. Tapi Fiza tak jawab. Akak mesej. Akak kata Mak susah hati. Risaukan Fiza. Fiza nangis masa baca mesej dari akak. Fiza sayang mak.Fiza rindu mak. Akhirnya, Fiza balik juga. Fiza sambut B'day dengan Mak. 

Mak,
Fiza pernah sayang dekat seseorang. Fiza tunjuk gambar dia kat mak. Mak dah restu. Tapi cinta kami tak berpanjangan. Fiza nangis teruk sangat. Tak lalu makan. Tak reti senyum. Mak risau tengok Fiza. Mak datang dekat Fiza. Mak bercerita tentang hidup. Tentang tanggungjawab. Tentang lelaki. Fiza senyum. Fiza bangkit. Fiza berhijrah. Terima Kasih Mak.

Mak,
Fiza diduga lagi. Seseorang datang menghulurkan salam. Fiza belajar untuk menerima. Belajar untuk menyayangi. Tapi, mak kurang berkenan. Mungkin 'instinct' seorang mak mengatakan dia tak sesuai untuk Fiza. Fiza belajar untuk menjauh dari dia. Mungkin dia menyalahkan Fiza, tapi Fiza akur dengan arahan mak.  Terbukti benar, dia bukan yang terbaik untuk Fiza. Dia ada yang lain selain Fiza.

Mak
Dulu-dulu, Fiza suka sangat belajar. Fiza sanggup tinggal sorang-sorang sebab nak belajar. Mak selalu sokong Fiza. Fiza sayang Mak lagi sebab Mak tak pernah hebohkan bila Fiza dapat keputusan yang baik-baik. Mula-mula Fiza hairan. Fiza tertanya-tanya. Mak tak suka ke dengan kecemerlangan Fiza? Tapi, akhirnya Fiza sedar. Mak buat macam tu supaya Fiza tak leka. Tak lalai dek kerana pujian . Fiza sayang Mak. Mak didik Fiza dengan nilai-nilai yang baik. Fiza beruntung jadi anak Mak.

Mak,
Hari Jadi Mak dah lepas. Fiza takde duit untuk belikan mak hadiah. Fiza buat kad untuk Mak. Fiza terharu sangat sebab mak masih simpan kad ucapan yang Fiza pos untuk Mak. Mak simpan dalam almari, tempat mak simpan barang kemas Mak. Mak...Kad tuh murah je tapi Mak simpan kat tempat yang paling selamat. Mak...Fiza sayang Mak.

Mak,
Fiza tahu, Fiza hampir-hampir kecewakan hati Mak. Mak nak Fiza jadi Cikgu. Tapi, Fiza jawab main-main je masa temuduga Maktab.Masa tu Fiza teruja sebab dapat tawaran belajar kat Matrik. Sama macam kawan-kawan Fiza yang lain. Mak hantar Fiza pergi hostel. Masa tu, akiey, Kak Long & Mak je yang hantar Fiza. Buat pertama kalinya, Fiza berpisah jauh dari Mak. Mak nangis masa peluk Fiza. Tapi Fiza buat muka hepi je. Sebab Fiza taknak Mak lagi sedih. Fiza nak tunjukkan kat Mak yang Fiza dah bersedia tempuh alam baru. Mak, Terima Kasih sebab salu sokong Fiza. Terima kasih sebab selalu doakan Fiza.

Mak,
Esok Hari Ibu. Fiza Balik. Fiza takde hadiah untuk mak. Fiza balik sebab Fiza rindu Mak. Fiza yakin, mak pon rindu Fiza kan?? Dah berbulan Fiza tak balik tapi Fiza bukan merajuk. Fiza sayang Mak. Fiza Sayang Mak. Fiza sayang Mak...Fiza selalu doakan untuk Mak. 



Selamat Hari Ibu
Ya Allah, berkatilah hidup kami sekeluarga.