Wednesday, May 5, 2010

Saya suka tengok perempuan...

Assalamualaikum
Ngantuknya...


Sejak semalam, mata nih memang terasa berat je. Asyik nak terlelap je. Depan laptop pon tersengguk-sengguk.  Al-maklumlah, segala-galanya sudah selesai. Sebelum nih, macam-macam halangan yang harus ditempuh. ((Alhamdulillah dah selesai))  Cuma menunggu waktu untuk kembali pulang ke kampung... Tapi, sebelum membalikkan diri ke kampung, kena transit kat Ipoh dulu. Kenapa?? Sebab tak lama lagi majlis bahagia akan berlangsung....Ibarat lirik lagu Kris Dayanti : Menghitung hari, detik demi detik...((sambung la sendiri lirik lagu nih))



Sila lihat wajah bahagia orang di atas. Senyum lebar je. Baguslah, akhirnya he found his soul mate. I'm happy for him. Moga jodoh mereka berpanjangan hingga ke jinjang pelamin dan berkekalan ke akhir hayat mereka. Amin...


Ni pulak aktiviti seharian. On laptop. On lah YM. On lah Gtalk. Hehehe, sila abaikan wallpaper yang takde motif tuh. Pantun feveret untuk mengacau orang : 

Anak rusa nani, baru tumbuh ekor,
Apa salah kami,YM tidak tegor...



Gambar di atas pula merupakan tetingkap yang telah di Print Screen sebagai bahan bukti buat si pembuat janji. Haha, hanya orang yang terlibat sahaja akan memahami dialog di atas. Siapakah orang terbabit?? Owh, dia orang Malaysia tetapi ngaji di Amerika. ((  pesanan ikhlas: entry nih gurau-gurau je, sila jangan ngajuk ))


Ok,saya ada tabiat yang mungkin pelik. Saya suka tengok perempuan... yang bertudung labuh dan berjubah. Siyesly, saya sangat suka tengok mereka. Manis - cantik - rupawan - jelitawan - jutawan - tertawan - henseman . Mungkin sebab terpengaruh dengan seseorang yang sering memberi galakan kepadaku.

Persoalannya di sini, memandangkan Cik Jari akan bercuti lama sebelum mendapatkan sebarang pekerjaan untuk menampung si hepi go lucky bini  hidup sendiri, mesti la Cik Jari kena duk kampung lama-lama. Bila duk umah, mestilah makan-makan-makan && makan. Waaaa, takutnye... seramnya.... Nak Kurus... nak kurus cam Erra Fazira... hahaha.. ((angan-angan itu HARUS ))...Korang ada idea tak, bagaimana untuk mengelak diri dari Makan terlebih had semasa cuti panjang??

Sekian, terima kasih... Ceriakan Harimu Dengan Senyuman...