Sunday, May 16, 2010

Saya Suka Bunga Matahari

Assalamualaikum

Hari ini, saya kembali ke Pulau Pinang. Meninggalkan bumi Ipoh.Perjalanan selama hampir 3 jam membuatkan saya benar-benar tenang. Mata meliar menikmati pemandangan keindahan alam dari tingkap bas. Yup, inilah cara saya untuk melegakan hati. Menenangkan hati yang gundah. Alhamdulillah, saya sudah pulih. Saya sudah ceria. Yeah....






Dikesempatan ini, Cik Jari ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada si pemberi SUNSHINE AWARD. Siapakah beliau di hati Cik Jari?? Haha, beliau adalah kawan yang cukup rasa... By the way, seorang sahabat pernah menghantar pesanan : 


Ukhwah yang dibina atas nama Allah takkan mengharapkan balasan apabila memberi. ((Saya insaf tatkala membaca mesej ini))


Tetapi akan selalu berkongsi air mata di kala suka & duka.


Kesedihan temannya bagai pedang yang menikam.


Keceriaan temannya bagai pelangi yang takkan hilang.


Kehilangan temannya bagai hilang permata termahal di dunia. Itulah sunnah ukhuwah pejuang agama...


~via SMS~


Nota kaki: Mari hargai kawan - sahabat - teman kita. Tapi, bukan semua wajar dihargai.. ((huhu, masih bersisa dendam dihati))