Monday, May 24, 2010

Salahkah ku Menegur mu ?


Assalamualaikum


Apa khabar anda semua. Cik Jari harap agar anda semua sihat dan luar biasa bagus.Comey kan gamba bear kat atas ni. Cik Jari bluetooth dari HP adik Cik Jari. Saje je nak letak kat sini. Sebagai penyeri entri yang randomize design.

Ada orang kata, Cik Jari dah berubah. Dulu lain, sekarang lain. Mungkin disebabkan entri Cik Jari yang emo sebelum ini membuatkan ada yang menganggap Cik Jari sudah berubah. Mungkin benar. Mungkin tidak. Mungkin juga NORMAL. 

Kadang- kadang diri ini seolah-olah BAHAGIA, TENANG, CERIA namun jauh di sudut hati terselit DUKA.    Hakikatnya, hidup ini takkan terlepas daripada masalah. Cara kita menangani sesuatu masalah dapat menunjukkan tahap kematangan kita. Hehe, dan sebab itu jugalah ada yang mengatakaan bahawa Cik Jari masih belum matang. Wawawawa..i admit it. Kadang- kadang emo datang menyerang diri. Emosi menguasai diri lantas tahap akal tak dapat dipertimbangkan lagi. Lalu, tercetuslah perbuatan tahap BUDAK DARJAH 2. 

Contoh?? Ok, ada seorang budak sedang merajuk dengan ibunya lalu ingin bermanja dengan Mak Cik nya. Budak tersebut mengajak Mak Cik nya bermain kereta polis. Lalu, Mak Cik nya pon melayan karenahnya. Mak Ciknya meninggalkan si budak kecik bersama laptop yang sedia terpasang dan berlalu ke dapur seketika untuk meneguk secangkir minuman. Sekembalinya dari dapur, Mak Cik nya terkejut bin beruk kerana laptopnya sudah berkalih tempat dan tersadai di lantai dengan keadaan tertonggeng ((skrin ke bawah)). Secara automatik, si Mak Cik menjerit dan menegur perbuatan si budak kecik.((cuba mengawal marah))...Lantas si budak kecik terus saja menangis selepas disergah oleh si Mak Cik....Pada pendapat anda, salahkah tindakan si Mak Cik??? Adakah Si Mak Cik tidak matang??


Kedudukan laptop sebelum tertonggeng