Thursday, May 27, 2010

Personal is Peribadi

Assalamualaikum
Kawan- kawan, sejak zaman FB nih, Cik Jari sering berkomunikasi dengan ahli keluarga melalui dinding. Kami tidak melakukan vandalism, kami cuma menggunakan kemudahan yang ada dengan sebaik mungkin. Sebagai Mak Cik yang peramah & pemarah baik hati, Cik Jari sangat suka berkomunikasi dengan budak- budak kecik yang hampir remaja.

Suatu hari, Si budak perempuan pernah bertanya : "Bila acik nak kawin?"
Si mak Cik menjawab : "Acik tunggu Along form 3.Then, baru acik kawen."...

Eh,eh..kenapa budak-budak zaman sekarang nih suka tanya soalan personal ea? Kan lebih bagus kalau diorang tanya : "Acik, camne nak jawab soalan maths nih? camne nak calculate surface area? camne nak buat hipotesis? camne nak kira isipadu?"..
Owh, mungkinkah mereka sudah expert. Tidak juga..sebab, bila si Mak Cik menyemak buku latihan mereka, banyak gak yang berpangkah...Then,mula la ngadu kat si mak cik :

Budak perempuan: Acik, tadi kitorg ne rotan dengan cikgu zaki.
Mak cik : haha, padan muka.kenapa?
Budak perempuan: sebab jawapan salah.
Mak Cik : salah berapa?
Budak perempuan: 6 je. takde sorang pon yang betul semua.
Mak cik : 6? banyak la tu. 

Erm, nasib baiklah diorang tak pernah mengadu masalah boypren. Tapi, Cik jari memahami gelora dihati mereka. Mereka sudah menjengah alam remaja. Bunga-bunga cinta sudah berputik dalam hati. 


Budak laki kat tengah tuh dah ade awek.
(( kecik- kecik sudah pandai tanam bunga dalam taman))

Adik-adik korang ape cerita??