Thursday, May 6, 2010

Permata Hati Ayahbonda II

Assalamualaikum
PENENTUAN JANTINA MENGIKUT QURAN

“Dialah yang menciptakan kamu berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan,daripada nutfah,apabila dipancarkan.”-surah an-Najm : 45-46



NUTFAH = air mani yang sedikit. Mengikut Imam Qartubi di dalam al-Jamik li Ahkamil Quran, nutfah bermaksud air mani lelaki. Ia dinamakan nutfah disebabkan jumlahnya yang sedikit iaitu airnya yang sedikit. Oleh kerana air mani adalah sperma yang bercampur dengan cecair yang dikeluarkan oleh beberapa alat jantina lelaki, justeru nutfah dengan maksud ‘jumlah yang sedikit’ membawa maksud sperma. Hal ini disebabkan daripada air mani yang banyak satu bahagian kecil atau sedikit sahaja daripadanya yang diperlukan bagi proses persenyawaan.




Justeru, ayat ini dengan jelas menunjukkan bahawa dalam proses kejadian manusia, penentuan jantina seseorang bayi ditentukan oleh nutfah = benih lelaki yang terdapat dalam air mani. Kenyataan ini adalah selari dengan penemuan sains semasa. Hal ini disebabkan secara umumnya rupa bentuk seseorang bayi secara terperinci ditentukan oleh 46 kromosom dan daripada 46 kromosom ini, 2 daripadanya adalah kromosom seks. Kromosom seks inilah yang menentukan sama ada seseorang bayi menjadi lelaki atau perempuan.



Y dan XX
Benih lelaki(sperma) mengandungi kromosom seks XY dan benih wanita mengandungi kromosom seks XX. Semasa proses persenyawaan berlaku antara benih lelaki dan perempuan, kromosom seks lelaki berpisah menjadi X dan Y. salah satu daripada kromosom seks lelaki bercantum dengan salah satu daripada kromosom seks perempuan bagi menentukan status jantina seseorang bayi.


Oleh kerana kedua-dua kromosom seks wanita adalah sama iaitu X dan X, sedangkan kromosom seks lelaki adalah berbeza iaitu X dan Y, maka yang menentukan sama ada seseorang bayi menjadi lelaki atau perempuan adalah kromosom seks lelaki. Sekiranya kromosom X lelaki bercantum dengan kromosom X perempuan, maka bayi itu adalah perempuan. Sebaliknya, apabila kromosom Y lelaki bercantum dengan kromosom X perempuan, maka bayi itu menjadi lelaki. Justeru, benarlah kenyataan Allah yang mengatakan kejadian lelaki dan perempuan ditentukan oleh nutfah = sperma lelaki.



In short : 
Xlelaki + Xperempuan = baby girl
Ylelaki + Xperempuan = baby boy

-dipetik dari Quran Saintifik : Dr Danial Zainal Abidin-