Sunday, May 23, 2010

Noktah Terakhir : Bukan Tajuk Drama

Assalamualaikum

Hari ini, Cik Jari dapat Award dari Encik AsaDa .
Blogger glemer yang rajin berjalan- jalan.

Encik Asada nama diberi,
Jejaka hensem belum berbini,
Terima kasih kerana memberi,
Award cantik ditampal di sini.


Pulau Pinang jauh di Utara,
Gunung Kinabalu ditawan orang,
Hidup ini cuma sementara,
Kawan yang baik pasti dikenang.



Mekasih Encik Asada. I love Your Blog too.Yeah, walau dirimu tidak pernah kutemui, namun kau tetap kawanku. Semoga dirimu terus sukses dalam bidang blogging yang sangat kamu cintai ini. Belog Encik Asada memang best sebab ada gambar jejaka hensem, jejaka bunga, jejaka jiwang,jejaka gedik yang menjadi pujaan ramai jelitawan.
Cik Jari suka gaya penulisan Encik Asada. Even panjang berjela, namun teratur & menarik untuk dibaca sampai ke noktah terakhir.Yeah, dulu-dulu belog Encik Asada nih kaler ijau. But, Cik jari suka kutuk belog dia hijau cam katak. haha,sorry bro. Katak bukan sebarang katak, katak Borneo suka photoshoot. haha, again i'm kidding. 


Seterusnya, Cik Jari HARUS menganugerahkan Award ini kepada 5 orang blogger.


1.Ah Ben a.k.a Rutikeben 
blogger yang baru beberapa bulan dikenali tetapi sudah seringkali pergi ke kelas melukis bersama-sama.haha.
Cuba perhatikan gambar di sebelah.
Inilah hasil lukisan kami di dalam kelas lukisan.
Mengenai blog Ruti, saya suka entry Kelas bahasa Sarawak. :)
haha, memang terbaek kan?


2.Cik Arisa Mihashi a.k.a Pemilik Kucing
blogger yang baru terjun dalam bidang blogging setelah dilempang sampai pengsan oleh kawan-kawannya. Walaupon bernama Jepon, hidupnya tidak berseri andai tidak dapat menikmati sambal belacan dalam kehidupan sehari-hari.Blog Cik Arisa nih sempoi tapi 'berisi'. Dalam gurau ada teguran yang membina. 


3.Cik Cute a.k.a Baby
mengaku dirinya Cute sejak awal berblogging. Blogger yang glemer dan terkenal di seantero dunia. ((yeah, her follower is greater than mine..so??)) Blogger yang sering meluahkan ke-emo-an nya di dalam Dunia Comel (( Cute World)). Hehe, semoga terus sukses dalam duniamu.


4.Cik Sugar2 Kapas Strawbery
merupakan blogger yang rajin berjalan-jalan. Mekasih sebab sudi jadi kawan Cik Jari. Blog Cik Sugar ada gambar strawberi. Sedap dinikmati.Cik Sugar selalu berkongsi cerita & info dengan para pembaca. Ada suka, ada duka, ada riang,ada kecewa. Cik Jari berharap agar Cik Sugar2 akan mengecapi BAHAGIA. 


5.Cik Single a.k.a P3 Perak
merupakan kawan lama sejak dari zaman sekolah. Blogger yang dikenali ramai dan mempunyai bilangan pengikut yang ramai. Cik Jari suka entry beliau berkaitan hidup. Berkaitan kahwin. (( mana entry resepi nasi ayam ea???)) Cik Jari doakan kebahagiaan Cik Single selalu.


Okay,sekian saja dari Cik Jari. Buat teman blogger yang sudi singgah,lalu-lalang,baca entry, senyum di shoutbox dan yang sudi paste banner tuh diucapkan Terima Kasih. Semoga ukhuwah sesama blogger akan terus berpanjangan ke akhir hayat.