Thursday, May 13, 2010

Kisah Si Macho Mencari Kerja

Assalamualaikum

Dulu-dulu, orang selalu kata Cik Jari nih "pemalu"...Cikgu selalu tulis "Kurangkan malu untuk mencuba" kat dalam kad laporan Cik Jari. Erm, bukan senang untuk berubah menjadi seorang yang "kurang malu"... Cik Jari juga menghadapi masalah Darah Gemuruh....
((Ustazah Asni [astro oasis] ada ajar doa untuk hilangkan darah gemuruh..))

Then, Cik Jari usaha keras untuk mengurangkan "shy-shy cat" tersebut. Kikis sedikit demi sedikit bak mengetam kayu unuk dijadikan perabot yang cantik.Bukan mudah & memerlukan KEAZAMAN.

Sekarang, Cik Jari malu tapi bersahaja. Haha... Lau orang suh joget-joget depan orang ramai, memang r Cik Jari takkan joget..MALU weh...Tapi, kalau dah tak tahu tempat untuk menuntut motor yang dah diangkut MPTI (Majlis Perbandaran Teluk Intan), memang la kena wat muka tak malu & BERTANYA pada yang tahu.

Kisahnya, pada hari Isnin yang baru sahaja berlalu, Cik Jari keluar mencari kerja dengan menunggang motosikal jenis Modenas Kriss berwarna hitam. Perghh, memang bergaya la...Tepat jam 10 ++ pagi, dengan mekap yang langsung tak tebal, Cik Jari pun keluar dengan niat mencari rezeki. Sasaran Utama : KAMDAR. Setelah mencari- cari, akhirnya sasaran utama ditemui. Malangnya, kedai belum dibuka. (( Pukul 11.00 a.m baru dibuka)). 

Then, pergi ke sasaran alternatif : TESCO seksyen 18 ((Pengkalan)). Parkir motor dulu. Bertemankan beg galas hitam, Cik Jari melangkah dengan bersahaja. Meninjau-ninjau booth di dalam bangunan Tesco. Eh,eh ada iklan jawatan kosong kat kedai bahulu...Eh,eh kat kedai waffle pun ade iklan jawatan kosong. ((Uhh, Cik Jari rambang mata)) Rileks, jalan-jalan dulu...Jalan sorang-sorang, muka HARUS confident. Tetibe, ada abe Permata Hijrah hulur brochure... "erm, saya nak try boleh?? " ((Abe kabo "buleh"))....Maka, berlakulah sesi spray-spray & getar-getar mata. Besttt....Rasa cam nak tido je...Dah abes getar-getar mata, Cik Jari pon buat-buat la muka hepi & interested ((erm,takpelah Kak, nanti saya cari akak kalau saya nak beli spray nih )) Then, teruskan perjalanan sambil berselawat...

Setelah penat tawaf, Cik Jari lepak di Food Court. Duduk mengadap 2 buah gerai yang mengiklankan jawatan kosong tuh. Ternampak gerai ais-kacang, lalu Cik Jari pon order ais kacang blue berry with longan... sedappppp...sedappppp..sedapppp...Maka, makanlah sambil memerhatikan 2 buah gerai tersebut... Tak ramai pon customer... Lau Cik Jari apply keje & dapat keje tuh, mampu ke dia bayar gaji Cik jari?? Uhuk..uhuk....

Sedang khusyuk makan eskacang sambil berfikir-fikir, mata cik Jari tertancap pada sorang lelaki yang mengambil tempat duduk di meja berhadapan Cik Jari... Berhadapan = setentang okeyh... Uhh, jejaka bercermin mata - berkemeja putih..Looking Good..tapi, getaran di dada masih bergetar normal..Maka, dia bukanlah jodoh Cik Jari.. so, Cik jari buat muka yakin sambil ber SMS dengan kezen sambil menghirup eskacang..... Tiba-tiba, ada seorang umat Muhammad berhalkum  yang memegang helmet duduk dengan selambanya di kerusi- di meja yang sama dengan Cik Jari..Terkejut bin beruk....Sebab dia muncul dalam sekelip mata. Tapi akhirnya dia berlalu dalam sekelip mata sebab kawannya tidak ditemui disitu. ((Cik Jari curi dengar perbualan telefonnya))

Eskacang dah habis...Nak balik...Alorh....Silap pintu keluar....Tak jumpa tempat parkir moto... Maka, redah je la... Jalan-jalan kat luar Tesco dengan harapan akan menemui tempat parkir motor tadi. Malangnya tidak ditemui. Jalan kaki ke KAMDAR sekejap. Meredah cuaca panas...Uhuk2....Langsung tak dilayan. Pekerja-pekerja busy dengan kerja masing-masing.. Tengok-tengok..Jenguk-jenguk..Then berlalu pergi...

Kembali masuk ke Tesco...jalan-jalan..cari pintu keluar yang lain..Then, jumpa lah motor yang dicari. Wahhh, pasti saya kelihatan bergaya dengan menaiki motor hitam tersebut. Tapi, helmet saya berwarna merah...Memang tak matching....Perjalanan diteruskan. Memula nak balik ke rumah, tapi tersinggah ke PASABENA ((Tak taw nak eja)) ..Jengok2..ada iklan kerja kosong di Kedai Emas...Uhuk2..saya takut dengan Pak Guard bersenapang....Lalu, saya kembali ke motor yang setia menanti....

Ok, masa untuk balik...Adess, jalan sesak..saya takut nak membelok ((melawan arus))..maka saya follow da flow...sehinggalah sampai ke sebuah kawasan perindustrian...kelihatan mamat-mamat bangla berjalan dengan riang gembiranya di sepanjang jalan..(mungkin berehat untuk makan tengahari)...Saya perlahankan motor..buat U-turn....perjalanan dipatah balik kan..akhirnya, saya tiba di rumah pada pukul 1.30 petang.....

Setibanya di rumah, 2 0rang kakak saya ((kakak yg berbeza-beza)) meng-offer kan kerja..ok set!!
saya pilih Penang...Ok,sekian..Kisah saya sudah tamat....