Friday, May 7, 2010

Kau sahabat , Kau Teman

Assalamualaikum
Semalam, Cik Suka Hati meninggalkan hostel. Entah bila akan berjumpa lagi. Perasaan sedih mula menyelubungi diri. Namun, masih mampu ditahan. Masih mampu gelak-gelak tatkala membaca kad karangan si Suka Hati.

Pertemuan dan perpisahan saling berpasangan. Sudah menjadi lumrah sebuah pertemuan akan berakhir dengan perpisahan, samada perpisahan di dunia mahupun berpisah sebab mati. Alhamdulillah, ukhuwah yang terjalin antara kami tetap utuh hingga ke akhir pengajian. Mungkin ada sesekali berselisih pendapat, bercanggah idea, bertikam lidah , namun akhirnya berakhir dengan senda dan gurau. Sungguh indah dunia persahabatan.


kalau ada tenuk di kampung,
jangan lupa halau ke reban,
kalau ada umur yang panjang,
jumpa lagi wahai teman.


Pulau Pandan Jauh ke Tengah,
Gunung Daik bercabang Tiga,
Kadang gembira terkadang gundah,
KAWAN yang BAIK dikenang juga


kalu ada sumur di ladang,
bley saye menumpang mandi...
kalau ade umur yang panjang n masa free yang pnjang,
bleyh la kite jumper lagi
((pantun biela))


TERIMA KASIH kerana menjadi sahabat saya selama ini. Saling menegur dan ingat-mengingati.