Tuesday, May 4, 2010

Kau Fikir Kau Dah Cukup BAGUS?

Assalamualaikum

Pagi tadi, selesai sudah pembentangan Projek  Tahun Akhir  Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan Matematik. Segala penat-lelah,bersengkang mata,cuak-neves telah pun berakhir. Yeah..Alhamdulillah.

On da way nak balik ke hostel, Cik Jari sempat mendengar ceramah free di radio. Ustaz tuh ((tak ingat mufti mana)) memberikan 4 tips untuk memperbaiki diri.


 GURU
Bergurulah dengan guru-guru untuk mendapatkan ilmu yang bermanfaat. Salah satu program ilmu yang bagus untuk mempertingkat diri adalah Forum Agama.






TEMAN-TEMAN 
Teman-teman yang soleh yang mampu mengingatkan kita di saat kita terleka. Teman-teman yang berani menegur kita di saat kita membuat silap. Teman-teman yang sama-sama beringat tentang kematian.

KRITIKAN
Belajar daripada kritikan musuh-musuh kita. Andai ada yang mengkritik perilaku/ tatacara kita, bersedialah untuk berubah kearah yang lebih baik.

KESILAPAN ORANG LAIN
Cara yang terakhir adalah dengan memerhatikan orang lain.Andai kita tak suka dengan kesilapan yang telah dilakukan orang lain,kita haruslah muhasabah diri kita dan menghidar daripada perbuatan berkenaan. Contohnya, andai kita tidak suka melihat orang lain yang menengking orang tua, maka kita hindarkan perbuatan tersebut.Jadikan sempadan.

~Sekian,tazkirah untuk hari ini. Andai saya silap,sila tegur.Saya sedia untuk membetuli diri...