Friday, May 28, 2010

Bongsu & Bongsu : Serasikah kita??

Assalamualaikum
Apa khabar kawan-kawan semua? Selamat bercuti di hari Jumaat yang indah. Hari ini, Cik Jari masih di Penang. Menikmati pemandangan yang penuh sesak dengan bangunan. Tetiba rindu akan kampung halaman. Rindu akan suasana desa penuh keramahan. Rindu nak join mak gi kenduri kawen. Masa cuti sekolah nih, pasti banyak undangan ke Majlis Perkahwinan.


Maka, subjek kali ini adalah PERKAHWINAN.Cik Jari dah nak kawen ke? Haish, bukan..bukan..bukan... Cik Jari memang nak kawen tapi masanya belum kunjung tiba. Hahaha, bilakah?? Sama-samalah kita nantikan detik & waktunya.

Mak pesan "Cari lelaki yang pandai wat kerja, jangan yang asyik ngadap laptop je.Bila dipanggil wat derk je kunon sibuk buat biznes..." ((hahaha, ayat nih telah ditokok tambah oleh si penulis cerita))

Mak pesan lagi :
 "kalau boleh carilah yang dekat-dekat je. Dapat jimatkan kos balik beraya."
"Berkawan-kawan dulu. Kenal hati budi masing-masing."
"Pilihla yang pandai betulkan lampu rosak, yang berdikari...bla..bla.."

Uish..tu baru pesanan dari Mak. Lum campur pesanan si Daddy..si akak & si abang.Anak-anak buah pon demanding...Siyesly, tak larat nak dengar..Banyak amat. Huhu....Bagi Cik Jari lak, buat masa ini, Cik jari lebih selesa meng-explore dunia secara single. ((For da first time coz sebelum nih mesti ade je scandal dengan dia itu..dengan dia nih..haha))

But tanpa disangka-sangka cik jari telah berjaya menambat hati seorang "akak cun"...Haha, si akak mencari calon untuk si bongsu. Si bongsu ialah lelaki yang telah hampir 7 tahun  Cik Jari kenali. Dari zaman window 98 sampailah zaman Window 7. I do respect him as my big bro. Dia anak bongsu. Saya anak bongsu. Serasikah bersama??? Setakat ini, kami tetap kawan. kalau nak kata serasi tuh, memang tak serasi. Cik Jari suka SMS..dia suka Calling..Cik Jari suka bertudung, dia suka pompuan free hair..huhu...

Memetik kata-kata dari blog Isu hangat:
Si Bongsu dengan si Bongsu
Berhati-hatilah kerana anda berdua memiliki kecenderungan yang sama, iaitu suka bersenang-senang. Tapi jika anda berdua sudah melewati batas kawalan, maka hubungan anda berdua tidak akan berjaya.

Hehe, korang ada pengalaman atau pandangan? Marilah berkongsi.