Monday, May 3, 2010

Bertentang Mata : Gabra atau Cool??

Assalamualaikum
Selamat Hari Isnin. Selamat kembali bekerja. Selamat kembali ke sekolah. Apa khabar anda semua? Cik Jari harap anda semua sihat dan luar biasa bagus. ((Tiru ucapan Dr HM Tuah Iskandar)). Hari ini agak banyak urusan yang perlu diselesaikan sebelum berangkat meninggalkan hostel tidak lama lagi. ((Tadi pulang buku kat library, dah lewat 45 hari...kena bayar denda 13inggit 5kupang untuk 3 buah buku..huhu))

Pada malam yang berbahagia ini, Cik Jari menari-nari lagi di atas keyboard. Maaf, hari ini tidak dapat bertandang ke rumah kalian dek kerana kekangan masa ((time constraint)). Sebenarnya, sejak akhir-akhir ini Cik Jari diselubungi misteri. Seolah-olah ada yang tidak kena. Cik Jari tak sabar-sabar nak mengadu pada ayahbonda yang disayangi. ((Ayah Cik Jari salu tarik idung Cik Jari..sebab tu la kot idung agak mancung..hahaha..Saya bergurau. Sila jangan marah))

Abaikan dulu perkara misteri tersebut.Now kita kembali kepada topik di atas. Apa perasaan korang saat bertentang mata dengan seseorang yang berjaya mencuri hati anda?Walaupun sudah lama berkasih, kadang-kadang seperti ada yang tidak kena setiap kali keluar bersama.((dating la kot)) Walaupun anda memang mencintainya dan merinduinya, tatkala bertentang mata lidah jadi kelu untuk berbicara sehinggakan pertemuan yang dinanti menjadi hambar. Kenapa ye? Gabra ke?

Kalau kedua-duanya memang jenis suka mengarut, pasti pertemuan korang akan menjadi sangat bermakna.Apa sahaja yang terlintas di kepala, korang jadikan isu untuk 'berdebat'.Sejam yang berlalu dipenuhi dengan gelak-tawa dan usik-mengusik.Memang cool la korang.

Kalau yang jenis gabra macamana pula? Tangan terketar-ketar pegang sudu...Oh,baru cik Jari teringat. Cik Jari ada satu pengalaman GABRA tapi under control. Peristiwa ini berlaku pada Hari Raya tahun lepas, Cik Jari menerima pelawaan Akiey (abang Cik Jari) untuk beraya di rumah kawan-kawannya. Well, I follow je. Raya tahun lepas memang banyak sangat agenda. Beraya di merata-rata tempat. Duit raya tak dapat tapi dapat kemaafan,itu kan lebih afdal.

Dipendekkan cerita, kawan si Akiey nih, suka sangat mengusik. ((I'm blushing))..Dan dia telah mencipta nama panggilan yang baru untuk Cik Jari.((He called me Fifi..hahahaha)) Masa beraya dari rumah ke rumah, Cik Jari masih boleh mengelak dari bententang mata dengan dia. But, akhirnya tak dapat mengelak. At Bumbung Biru (Restoran Glemer kat Teluk Intan), dia duk depan Cik Jari. Pergh...memang tak lalu makan la weyh...

Soalan pertama : Bila Fifi cuti sem? ((Cik Jari jawab dengan macho)) Soalan ke-dua: Ok Fifi. Cuti nanti nak masuk meminang. Hantaran nak bape ribu? ((Cik Jari Sengih)) Eh,sengih-sengij pulak dia. Abang tanya betul-betul nih. ((dush!dush!! tumbuk lengan akiey yg duk sebelah Cik Jari)) Gabra... tak penah dalam hidup melalui pengalaman macam tuh..Padahal, kalau ikut logik, Cik Jari boleh je menjawab dengan yakin dan jitu.



Pabila gabra dicampur ngan malu, camtuh la jadinya. Makanan tak tertelan, minuman tak terminum dan sengih tanpa henti. korang pula bagaimana?? Cool atau Gabra bila mata bertentang mata dengan seseorang yang baru dikenali/ kekasih hati...