Wednesday, April 14, 2010

Rupawan tapi Buruk Perangai

Assalamualaikum
Ada orang bertanya :bercuti je.... dh ready for final kah?
Jawapannya : Belum bersedia sepenuhnya. =)
mekasih kerana sudi bertanya.

Walaupun exam tinggal beberapa hari saja lagi, malas lak nak bukak topik berkaitan exam. Bukak topik sal layang-layang pasti lebey seronok kan? Tapi, la nih jarang-jarang sangat berangin... Tak dapatlah nak main layang-layang macam dulu-dulu.

Berkaitan dengan tajuk entri ini : Rupawan tapi Buruk Perangai, daku ingin menegaskan bahawa ke-rupawan-an seseorang itu adalah subjektif. Lain orang,lain cara penilaiannya.

Namun, standard piawai kecantikan dalaman adalah kecantikan dari segi akhlak, agama, kebolehan bercakap dengan pemilihan bahasa yang baik, sabar, berbaik sangka dan sifat-sifat terpuji yang lain.

Kecantikan dalaman seseorang terpancar daripada PERIBADI yang mulia dan HATI yang bersih.

Contoh buruk perangai (di salin dari majalah ASUH):
Menguap dengan tidak menutup mulut, bahkan berbunyi pula menunjukkan orang itu memiliki ciri-ciri seorang yang buruk perangai dan pemalas. Perbuatan tersebut bukan sahaja sangat tidak elok dipandang orang, malah perbuatan tersebut adalah tanda kerendahan peribadi serta akhlak yang tidak baik si pelakunya itu.

Sebagai kesimpulannya, marilah kita sama-sama renungi dan fikirkan kata-kata berikut:
Tak guna punya mata yang cantik kalau tak dapat melihat. Tak guna ada hati kalau tak tahu menilai.