Monday, April 26, 2010

Masih Relevankah istilah Dari Mata turun ke Hati

 Assalamualaikum

Korang pernah jatuh cinta pandang pertama? Saya pernah. hehe. Masa tuh, saya terpandang sorang mamat hensem. Memang hensem, bergaya, berkaca mata macam saya dan tinggi. Kami sekelas tapi tak pernah bertegur sapa. Dijodohkan Ditakdirkan kami dapat kumpulan yang sama untuk buat projek Bahasa Inggeris. Perghhh...memang teruja. Sebagai perempuan, kita tak boleh nampakkan sangat yang kita ni suka kat orang tu kan??

Bila dah dapat satu kumpulan, takde lah pulak saya terkinja-kinja. Buat biasa je. Padahal dalam hati ada taman bunga tahi ayam. Setelah bekerjasama, saya dapati dia memang tak suka layan perempuan. Ataupun mungkin dia cuma tak layan saya je kot. Kumpulan kami terdiri daripada dua lelaki & dua perempuan. Okay, tak perlu berebut. Memandangkan si mamat hensem tuh cam tawaduk sangat, saya memang takut nak kacau. Lau bersembang pon, masing-masing wat muka serius. Padahal, tiap-tiap petang saya usha dia men badminton kat dalam dewan. Tapi, dia tetap kacak di mata saya. hahaha (statement membunuh). Saya pernah gak SMS dia (Guna nombor sulit) tapi dia tetap tak layan mesej-mesej saya. Ini membuatkan saya semakin respect kat dia. Hari tuh dia pernah membentangkan tajuk Jihad. Salah satu kategori Jihad ialah JIHAD MELAWAN HAWA NAFSU. hahahaha...Tang tu je saya ingat. Yang lain-lain, dah forgotten. Kesimpulannya, dia bukan saja hensem luaran, akhlaknya juga hensem.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Permintaan saya :
Belog saya buruk. Sila jangan komen yang buruk-buruk. Sila jaga hati saya.Nanti saya merajuk.
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

DARIPADA MATA DATANGLAH BUTA

Pakar-pakar Psikologi dari Amerika mendapati mereka yang suka melihat gambar-gambar lucah ataupun yang berunsurkan seks boleh menjadi buta. Penemuan ini adalah berdasarkan kajian yang dilakukan oleh David Zald dari Universiti Vanderbilt di Nashville, Tennessee dan marvin Chun serta rakan- rakannya dari Universiti Yale di Connecticut. Hal ini mungkin disebabkan proses sekatan maklumat yang berlaku dalam otak kesan daripada pengaruh emosi yang berpunca daripada imej erotic atau lucah yang dilihat. Keadaan buta ini berlaku hanya seketika, iaitu beberapa saat, namun ia dapat menyebabkan kemalangan jalan raya sekiranya ia berlaku ke atas pemandu yang terkesan dengan papan2 iklan yang mengandungi gambar2 lucah di tepi jalan. Perkara ini dilaporkan di newscientist.com nems service bertarikh 12 Ogos 2005, di bawah tajuk erotic images can turn you blind.

Dalam Islam, seluruh pancaindera termasuk mata adalah amanah. Justeru, ia tidak boleh digunakan bagi melihat benda-benda haram. Dalam surah an-Nur :30-31, Allah menyatakan : katakanlah kepada lelaki Mukmin yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka( daripada memandang yang haram) serta memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka dan sesungguhnya Allah maha mendalam pengatahuannya berkenaan apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita2 yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) serta memelihara kehormatan mereka. Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir sahaja dan mereka perlu menutup belahan baju mereka di kawasan leher dengan tudung kepala mereka.”

Sekiranya seorang lelaki, melihat seorang waita dari jauh dengan pandangan syahwat, dia dihukum berdosa walaupun pada masa itu wanita itu duduk berjauhan daripadanya. Berhubung dengan ini, sahabat nabi yang bernama Jarir bin Abdullah berkata  “saya pernah bertanya nabi Muhammad berkenaan melihat wanita dengan tidak disengajakan, maka nabi berkata ‘palingkanlah pandanganmu’”_hadis ini direkodkan oleh Muslim.

Nabi juga pernah berkata kepada Ali “Wahai Ali, jangan engkau susuli satu pandangan (kpd wanita) dengan satu pandangan yang lain kerana yang pertama itu tidak menjadi kesalahan(kerana tidak disengajakan), tetapi tidak yang kedua.”-Hadis ini direkod oleh Abu daud.

~Sekian. Harap tunggu sebentar untuk mengkomen.