Wednesday, April 21, 2010

kalau kita ambil hak orang, suatu hari nanti orang lain akan ambil hak kita pula

Assalamualaikum

Baru-baru nih, masa tengah tunggu kawan menjemput di stesen bas, daku sempat bersembang dengan seorang kakak. kakak tu sedang mendukung seorang budak yang sedang tidur. Sebagai adik yg suka budak-budak ditambah pula rupa parasku yang kelihatan seperti seorang cikgu tadika(perasan tu harus ada..haha),lalu daku pun mengusap-usap pipi budak yang sedang tidur itu sambil bertanyakan umur budak tersebut. "Berapa umur die kak?" .."Setahun lebih"..Jawab akak tu sambil tersenyum."Dah boleh jalan?" tanyaku lagi.."Dah."..."akak dari mana ni?" semakin rancak daku bertanya. "akak baru balik dari Pejabat Biro Bantuan Guaman."..."ermmm."..(memberi peluang supaya akak tuh bercerita)...

Gambar sekadar hiasan



Rupa-rupanya,akak tuh dalam proses bercerai. Suami dia ada perempuan lain & perempuan tersebut masih lagi bergelar pelajar Politeknik & perempuan tuh menuduh "akak tu tak pandai jaga suami,sebab tuh suami akak cari perempuan lain"...Perghh,sungguh celupar mulut si perempuan. Menurut si akak, suaminya itu panas baran dan suka memukul-mukul si isteri. Sebagai akibatnya, jantung si suami tidak sihat...(Heart Attack). Dalam sibuk-sibuk nak bercerai, akak tu pulak disahkan hamil..

Malangnya, suami tersebut menidakkan status bayi yang sedang dikandung oleh si akak (tak mengaku anak sendiri)..huhu, sungguh tidak macho lelaki itu.. Maka, si cikgu tadika ini pun mula mengajukan soalan yang agak bizi body : "suami akak keje apa?".."Mekanik.Tadi masa naik bas,akak ada lalu depan bengkel dia tapi akak tak tengok pon bengkel dia tuh"...(aiseh,lupe lak nk tny :"memang bengkel sendiri ke kak?")...bla..bla..sampailah Cik Nad sampai untuk pick me up. Sebelum berpisah, kutitipkan pesan pada akak : "Akak fight ye.Dapatkan hak untuk anak akak"..sambil tangan kami bertautan.

Sebagai kesimpulan cerita, renungilah kata-kata akak tersebut : "kalau kita ambil hak orang, suatu hari nanti orang lain akan ambil hak kita pula".
~The End~

huhu...Teringat adikku yang sorang tuh...Sabarlah adikku...suatu masa nanti, kita pasti bersatu. InsyaAllah...

By the way, daku sempat cedok info berkaitan "Lelaki Di Mata Wanita" :

BEKERJA KERAS -kerjaya adalah jaminan kehidupan masa depan. jika kerjaya seseorang lelaki itu mantap, ia membawa kepada satu pengharapan akan sebuah kehidupan yang lebih terjamin

BIJAK -perempuan tidak suka teman lelaki mereka kurang pengetahuan! malah mereka bangga jika ada teman yang memuji kebijaksanaan teman lelaki mereka.

EGO -lelaki sering dikaitkan dengan sikap ego. kalau boleh mereka nak orang ikut telunjuk mereka saja. sesekali, apa salahnya dengar pendapat orang lain. tidak semestinya apa yang dirasai betul itu memang tepat.

SUKA AMBIL MUDAH - sikap inilah yang sering menimbulkan perselisihan faham dalam perhubungan. sekiranya perempuan suka melakukan sesuatu perkara dengan teratur

Bagi Cik Jejari, cukuplah sekadar lelaki yang beragama & beriman. kalau dah kenal agama, pasti dia reti tanggung dan jawab. (Tiru jawapan Fahrin Ahmad).(",)