Sunday, November 8, 2009

Tulis-Hantar-Dapat Duit !!!


Assalamualaikum......(",)
Memule sekali, nak minta izin untuk menggelar diri ini sebagai MISS N.
Now, i'm getting older-getting wiser-getting matured (amiin).Tak mau da la gune -aku-kang dianggap lelaki-ade r blogger sorang tu kan.....die assume Miss N nih lelaki......(">)

Arinih, Miss N nak kongsi satu pengalaman untuk mendapatkan duit poket-duit topup-
Anda ada bakat menulis? Tak kira la samada menulis cerpen-puisi-novel....
Kalau anda berbakat,ape kata -anda hantar karya anda ke majalah-majalah yang ada di pasaran-Dewan SisWa-Fokus SPM-Kawan-Tunas Cipta-Mingguan Wanita.

Masa zaman Miss N mude remaja, Miss N aktif menulis. Memule tuh, sekadar suke-suke. Cipta pantun, buat sajak untuk kawan-kawan, tulih cerpen lepas putus cinta DLL. Dah memang minat menulis, pernah gakla bercita-cita nak jadi penulis..... Tapi, itu zaman dulu-dulu. Now, Miss N tak berkesempatan mencipta puisi. Lebih-lebih lagi bidang Miss N nih memang takde kaitan langsung dengan seni-jiwang-ayat panjang berjela nih....Hari-hari belajar integral,theory, algorithm.....Lau amek bidang SASPEN(sastera Pendidikan) mungkin Miss N kekal Jiwang macam dulu-dulu. (",)

Berbalik kepada dunia penulisan nih. Miss N pernah hantar karya(sajak-ibuku sayang) masa tingkatan 3.Pertama kali Miss N hantar kat Dewan Siswa(DS). Bulan Disember 2003, karya Miss N publish kat majalah tuh.....hahaha, terkejut den. Kecoh satu rumah. Rasa cam nak nangeh[memang da nangeh pon]...haha,melankolik tul Miss N nih......

Setiap karya yang tersiar adalah hakmilik syarikat majalah yang publish karya kita tuh. Maka, kita akan dibayar wang saguhati(honorarium). Untuk sajak yang Miss N create sepanjang 12 baris tuh, Miss N dapat RM 25.00....Tu untuk puisi, lau cerpen lain pulak bayarannya.Ok la tuh, zaman budak sekolah, tak leh pegang duit banyak2 sangat.haha....

Semakin rajin korang menulis, semakin banyak karya korang yang di-publish-, semakin banyak la duit yang akan korang dapat....Then, leh dapat kawan lagi tuh... hehe.
Masa karya Miss N tersiar, kat bawah karya tu disertakan ngan nama,alamat rumah & alamat emel....guess what?? ade peminat antar surat kat Miss N...antar emel pon ade gak.....(",)

Then, Miss N dapat offer pegi "Minggu Penulis Remaja" selama seminggu di Genting Highland.....Rezeki jangan ditolak. Maka, Miss N pon berangkat ke DBP Kuala Lumpur. Pertama kali berpisah dengan keluarga. Pertama kali kena survive sekor2.Tak kenal sape-sape pon kat situ.....But Miss N buat-buat confident je....
Dalam masa beberapa minit, Miss N dah berkepit ngan 2 orang kawan baru.....
Semuanya ada 40 peserta dari seluruh Malaysia. Miss N sebilik ngan kak Ida Munira Abu Bakar ...Sekarang ni buku beliau dah banyak diterbitkan oleh PTS Publication...
Penghulu kami Nik Mohd Iznan Tuan Yaakub (NiMoIz TY) pun dah femes. Penghuluwati kami kak Ghafirrah Idris memang awal-awal lagi da femes dalam kalangan penulis-penulis muda masa tuh.......Miss N ape cer?? hahaha, Miss N nak nyorok dalam bilik je...takmo jd femes.
Nak tau sape cikgu-cikgu sepanjang seminggu tuh??

Cikgu cerpen-novel: En.Faisal Tehrani
lau korang masih ingat, beliaula penulis Kerana Manisnya Epal yang ade dalam buku KOMSAS SPM
Cikgu puisi: En. Samsudin Othman
Cikgu jemputan: Salina Ibrahim
sekarang editor majalah NUR.....

Lastly, kitorg dapat berdiskusi dengan A.Samad Said(Pak Samad)
Miss N kagum ngan personaliti beliau....(",)

Kepada sesiapa yang berbakat dalam bidang penulisan tu, jangan sia-siakan bakat anda. Teruskan menulis. Jangan jemu berkarya. Jangan jemu menghantar karya anda di majalah, surat khabar DLL....Tapi,setiap karya yang dihantar HARUSLAH ASLI. Jangan plagiat~ciplak~tiru karya penulis lain....Anda cuma boleh tiru style~cara penulisan tapi tak boleh tiru ayat sebijik-sebijik.....Setahu Miss N, karya kak Salina Ibrahim pernah diplagiat. Seorang penulis baru mengedit-edit karya beliau-tukar tajuk-ubah ayat sket2-then hantar kat majalah... Kepada penulis-penulis baru yang baca blog Miss N, JANGAN wat camtuh k......Originality itu penting...

Lau ikutkan,banyak ag yang nak dicerita.tapi cukupla dulu cerita dari Miss N si penulis pencen ni...