Friday, November 27, 2009

Karangan Hari raya Korban

Assalamualaikum
"Dahulukan mengucap salam, ucapkan selamat dengan senyuman, tumpukan perhatian anda kepada mereka agar anda menjadi orang yang sangat mereka cintai dan dekat dengan mereka."


Beberapa tahun yang lalu, di sebuah kampung yang penuh dengan kasih sayang, tinggallah sebuah keluarga yang hidup dengan penuh kesederhanaan. Si ayah mengusahakan sebidang tanah yang sekangkang kera untuk menyara anak dan isteri. Si ibu bijak mencari rezeki menampung pendapatan sang suami. Si anak pula amat mencintai ilmu.

Pada suatu hari, sang anak meminta duit daripada ibunya. Walaupun si anak mengerti bahawa keadaan kewangan keluarga amat kritikal tika itu. Tapi, dek kerana ingin menimba ilmu dia mencuba nasib untuk mendapatkan wang untuk membayar yuran. Si ibu dengan tenang hati menyerahkan RM30 kepada si anak. Wang yang dipinjam daripada nenek si anak.Si anak yang mengerti kepayahan keluarga tercinta menanam azam-menguatkan tekad untuk membalas jasa-pengorbanan bonda dengan sebuah kejayaan.

Si ayah pula,setia menghantar si anak ke sekolah. Setia menghulur wang belanja kepada si anak. Nasihat-demi-nasihat dititipkan sebagai bekalan-perangsang-penguat semangat si anak. Si anak terus maju melangkah. Kegagalan-demi-kegagalan semakin jauh ditinggalkan. Kejayaan-demi-kejayaan semakin gigih dikejar.
Tatkala si anak merungut dengan kesempitan hidup, si ayah lembut menutur bicara “ Kita tidak miskin. Allah beri kita sepasang tangan,sepasang mata,sepasang kaki, sepasang telinga,mulut…lengkap semuanya.Sedangkan masih ada yang buta-tidak dapat melihat, kudung-tidak dapat berjalan..Bersyukurlah.” Si anak terkelu lidah lalu mengucapkan syukur. Si ayah telah berjaya mendidik jiwa si anak. Hati anak yang keras menjadi semakin lembut.

Hari ini, si anak telah dewasa. Pengorbanan-jasa-bakti ibu dan ayah tidak pernah dilupakan. Kesempitan hidup masa lalu menjadikan si anak semakin mengerti erti kehidupan-kasih sayang keluarga-perlunya bersyukur. Pengorbanan si ibu dan RM30 masih segar diingatannya. Terlalu banyak jasa si ibu, terlalu banyak pengorbanan si ayah, tak mungkin dilupakan si anak.Pesan si ayah : “akhlak-agama-akademik harus seiringan. Hanya amalan baik yang akan menjadi teman di kubur kelak”. Harapan si ibu : “ Moga kamu mampu menjadi anak yang solehah…Jangan kejar akademik semata-mata, belajar-belajarlah ilmu rumahtangga.”…Si anak tersenyum. “Waspada, jangan terpedaya dengan hasutan dunia yang bakal merosakkan hidupku.”…bisik hati si anak.
Sekian, karangan daripada Miss N.

Selamat hari Raya Korban
(",)